Tuesday 14 February 2012

                                                                                   
Kepada :
                                                                                                                         
AJK PIBG dan semua waris / ahli PIBG
Sek  Keb  Seri Gedong.

Tuan/puan

NOTIS  MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI GEDONG KALI KE-39

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Gedong akan mengadakan Mesyuarat Agung kali Ke-39 pada ketetapan seperti berikut :

                  Tarikh     : 4 Mac 2012 ( Ahad )
                  Masa       : 2.00 petang
                  Tempat   : Dewan SKSG

2.             Justeru itu, tuan/puan adalah dijemput ke Mesyuarat Agung tersebut. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan demi kepentingan dan kemajuan
murid-murid SKSG.

3.             Bersama-sama dengan ini disertakan borang usul/cadangan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang usul/cadangan, bolehlah kembalikan borang usul/cadangan tersebut kepada Setiausaha PIBG/Guru kelas sebelum atau pada 16 Februari 2012 untuk tindakan selanjutnya.

4. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian,

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

..............................................
(ZAMZURINA BT MD NUR)
Setiausaha PIBG SKSG
Sesi 2011/2012

Sk:     1. Penasihat PIBG
          2. YDP PIBG
          3. Fail PIBG

MODUL BACAAN TAHUN 1




Kepada   
Semua Waris, Murid Tahun 1
Inovatif, Aktif,  Kreatif dan Tekun

Tuan/puan
                                                                                     
MODUL BACAAN TAHUN 1 2012
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Seperti yang tuan/puan sedia maklum murid Tahun 1Inovatif, 1 Aktif, 1 Kreatif, dan 1 Tekun  telah dibekalkan modul bacaan bagi memantapkan pengusaan bacaan (Literasi)  bagi mengatasi masalah pembelajaran.   Kos mencetak modul bacaan (Literasi) ialah sebanyak RM 3.50.  Bayaran tersebut hendaklah diserah kepada guru kelas anak tuan/puan.

3.             Saya amat berharap agar tuan/puan dapat membantu pihak sekolah dalam melaksanakan cita-cita murni ini

4.             Kerjasama tuan/puan bagi mencemerlangkan anak tuan/puan serta Sekolah Kebangsaan Seri Gedong di dahului dengan ucapan terima kasih.
                               
Sekian,


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG"

Saya yang menurut perintah,




Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

 
(ABU BAKAR BIN AWANG,AMN.,PPN.,PJK.)
Guru Besar              
Sekolah Kebangsaan Seri Gedong
08000 Sungai Petani,Kedah

CUTI GANTI


Kepada   
Semua Guru/Waris / Murid
Sekolah Kebangsaan Seri Gedong

Tuan/puan
                                                                                       
JADUAL GANTI HARI PERSEKOLAHAN TAHUN 2012
(SEMPERNA TAHUN BARU CINA)
 
Adalah dimaklumkan jumlah hari persekolahan bagi tahun 2012 tidak mencukupi.  Dengan itu pihak sekolah terpaksa mengganti hari tersebut seperti jadual di bawah.  Murid-murid diminta mengikut jadual seperti yanng di tetapkan.


TARIKH CUTI

TARIKH GANTI

HARI

JADUAL WAKTU


25 JANUARI 2012
(RABU)

11 FEBUARI 2012
SABTU
JADUAL WAKTU HARI RABU

26 JANUARI 2012
(KHAMIS)

03 MAC 2012
SABTU
JADUAL WAKTU HARI KHAMIS

2.             Kerjasama daripada pihak tuan/ puan memberi perhatian terhadap anak tuan / puan diucapkan terima kasih.
               
Sekian, terima kasih                               

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG"


 

Saya yang menurut perintah,


(ABU BAKAR BIN AWANG,AMN.,PPN.,PJK.)
 
Guru Besar              
Sekolah Kebangsaan Seri Gedong
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman