Tuesday 14 February 2012

                                                                                   
Kepada :
                                                                                                                         
AJK PIBG dan semua waris / ahli PIBG
Sek  Keb  Seri Gedong.

Tuan/puan

NOTIS  MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI GEDONG KALI KE-39

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Gedong akan mengadakan Mesyuarat Agung kali Ke-39 pada ketetapan seperti berikut :

                  Tarikh     : 4 Mac 2012 ( Ahad )
                  Masa       : 2.00 petang
                  Tempat   : Dewan SKSG

2.             Justeru itu, tuan/puan adalah dijemput ke Mesyuarat Agung tersebut. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan demi kepentingan dan kemajuan
murid-murid SKSG.

3.             Bersama-sama dengan ini disertakan borang usul/cadangan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang usul/cadangan, bolehlah kembalikan borang usul/cadangan tersebut kepada Setiausaha PIBG/Guru kelas sebelum atau pada 16 Februari 2012 untuk tindakan selanjutnya.

4. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian,

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

..............................................
(ZAMZURINA BT MD NUR)
Setiausaha PIBG SKSG
Sesi 2011/2012

Sk:     1. Penasihat PIBG
          2. YDP PIBG
          3. Fail PIBG

No comments:

Post a Comment