Kepada :
AJK PIBG dan semua waris / ahli PIBG
Sek Keb Seri Gedong.
Tuan/puan
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI GEDONG KALI KE-39
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Gedong akan mengadakan Mesyuarat Agung kali Ke-39 pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 4 Mac 2012 ( Ahad )
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan SKSG
2. Justeru itu, tuan/puan adalah dijemput ke Mesyuarat Agung tersebut. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan demi kepentingan dan kemajuan
murid-murid SKSG.
3. Bersama-sama dengan ini disertakan borang usul/cadangan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang usul/cadangan, bolehlah kembalikan borang usul/cadangan tersebut kepada Setiausaha PIBG/Guru kelas sebelum atau pada 16 Februari 2012 untuk tindakan selanjutnya.
4. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Sekian,
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
..............................................
(ZAMZURINA BT MD NUR)
Setiausaha PIBG SKSG
Sesi 2011/2012
Sk: 1. Penasihat PIBG
2. YDP PIBG
3. Fail PIBG