Tuesday 8 November 2011

SEMAK RESULT ANAK ATAS TALIAN...

Lihat Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Online

Tahukah anda, SAPS juga merupakan kemudahan untuk ibu bapa melihat keputusan peperiksaan atau ujian anak-anak masing. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS merupakan satu sistem sebagai agen perantara antara sekolah dengan ibu bapa, sekolah dengan bahagian pendidikan daerah dan negeri dalam memantau keputusan peperiksaan dalaman serta luaran sekolah.
Dengan adanya sistem SAPS ini, ibu bapa dan juga pihak berkaitan dapat mengakses dan membuat tindakan bagi meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar dalam menningkatkan lagi keberhasilan dalam pendidikan.
Mungkin berita baik bagi pelajar yang cemerlang, tetapi mungkin sesuatu yang merisaukan bagi pelajar yang tidak cemerlang yang selalu menyorokkan keputusan ujian atau peperiksaan kepada kedua ibu bapa penjaganya. Walau demikian, kemudahan yang ada ini sebenarnya membantu pelajar yang tidak cemerlang supaya sentiasa di beri perhatian demi masa depan yang lebih baik.

Bagaimana Cara Semak Markah Melalui SAPS

Untuk membantu ibu bapa saya sediakan sedikit tutorial bergambar bagi memudahkan ibu bapa yang rata-rata mempunyai masalah penggunaan IT.

Klik untuk Besarkan
  • Klik pada SEMAKAN IBU BAPA seperti dalam bulatan diatas atau KLIK SINI
  • Seterusnya akan keluar paparan seperti dibawah

Klik Untuk Besarkan
  • Taip/ isikan no kad pengenalan anak atau pelajar di bulatan bertanda 1 tanpa “-“ atau space contoh 817654032123
  • Pilih sekolah mereka samada sekolah rendah atau menengah di bulatan bertanda 2 dalam gambar. Tandakan dibulatan kecil.
  • Selepas itu klik SEMAK LAPORAN seperti dalam bulatan 3.
  • Selepas itu paparan seperti gambar dibawah akan muncul,

klik untuk Besarkan
  • Pada paparan itu menunjukkan nama sekolah, no kad pengenalan, nama pelajar, tingkatan dan kelas terkini.
  • Pilihlah jenis peperiksaan yang mahu dilihat samaada ujian atau peperiksaan akhir tahun. Seperti dalam bulatan bertanda 4.
  • Klik pada PAPAR SLIP KEPUTUSAN atau boleh PAPAR MARKAH PEPERIKSAAN dengan klik butang yang disediakan pada bulatan bertanda 5.
Kadangkala ada markah yang tidak dipaparkan kemungkinan ia masih dalam proses atau belum dikemaskini oleh guru bertanggungjawab, Ibu bapa boleh bertanyakan kepada pihak sekolah demi menambah lagi hubungan erat ibu bapa dengan pihak sekolah demi masa depan anak dan pelajar yang disayangi.
Diharapkan cara semak markah peperiksaan atau ujian anak mahupun pelajar secara online sistem SAPS ini akan sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan lagi kecemerlangan serta kemudahan kepada ibu bapa, guru dan pihak berkaitan.

No comments:

Post a Comment