Thursday 17 November 2011

JAMUAN AMAN PURA 2011

RAGAM WARGA SK SERI GEDONG DI AMAN PURA 2011




Cikgu Fafli dan Sayuti tengah adjust(setting) kamera masing2

Cikgu Ayu bagi post.....

senyum jangan tak senyum

laparnye........ 


Tuan Guru Besar selaku penasihat Kelab Staf  Seri Gedong sedang memberi ucapan

Sunday 13 November 2011

CUTI AKHIR TAHUN


CUTI AKHIR TAHUN 2011

Merujuk perkara di atas dengan hormatnya dimaklumkan:

i.                     Sekolah akan mula bercuti mulai 18 November 2011 (Jumaat) hingga 02 Januari 2012 (Isnin).
ii.             Sekolah akan dibuka semula (Sesi 2012) pada 03 Januari 2012    (Selasa).
iii.                  Kedai buku sekolah akan dibuka mulai 24 Disember 2011 (Sabtu) dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.  Minggu pertama persekolahan (03 Januari 2012 hingga 05 Januari 2012) kedai buku akan ditutup.
iv.                  Senarai keperluan murid 2012 boleh diambil di pejabat atau pondok pengawal keselamatan mulai 18 Disember 2011 (Ahad).
v.                   Pendaftaran murid Tahun 1 dan Pra Sekolah (Sesi 2012) akan diadakan pada 02 Januari 2012 (Isnin) jam 8.00 pagi.
               
 Sekian, terima kasih                         

Lagu Kau Boleh (UPSR 2011 SKSG)

BERITA KEMATIAN

UCAPAN TAKZIAH

Innalillahiwainnalillahirojiun...dari ALLAH kita datang, kepada DIA juga kita kembal


Dukacita dimaklumkan bahawa Muhammad Fadzli Bin Ismail , murid Kelas 5 Kreatif SK SERI GEDONG  telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.45 malam, 10/11/2011 (Khamis) akibat kemalangan jalanraya.  Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.  AL-FATIHAH
 

nazpenta11 SKSG
 

Wednesday 9 November 2011

PERJUMPAAN WARIS

  • MENANDATANGANI BUKU LAPORAN KEMAJUAN
           TARIKH            :   13 NOV 2011 (AHAD)

           MASA               :    SESI PAGI            8.30 - 12.30  
                                          SESI PETANG      1.45 - 05.00      

          TEMPAT           :     KELAS MASING-MASING
  • PERJUMPAAN WARIS TAHUN 5
          8.00 PAGI BERTEMPAT DI DEWAN SK SERI GEDONG

         

Panduan Membuat JADUAL BELAJAR SEMASA CUTI

Seorang pelajar yang cemerlang perlu lah dapat mengetahui bahawa kita amatlah bertuah kerana dalam hidup kita, kita mempunyai banyak masa. 24 jam sehari dan tidak ada yang kurang daripada 24 jam walaupun satu saat kerana masa amatlah tepat. Sudah tentu kita tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang rugi kerana tidak pandai menguruskan masa dan ia adalah umpama kita mensia-siakan perkara yang bernilai. Masa adalah satu perkara yang membantu manusia meningkatkan kemampuan diri dimana hari ini haruslah lebih baik dari semalam dan hari esok haruslah lebih baik dari hari ini. Oleh itu kita haruslah mempunyai jadual yang lengkap untuk menguruskan masa kita dengan teratur.


Sebelum membuat jadual, anda haruslah menganalisis kemampuan dan kekurangan anda serta aktiviti rutin anda. Ini keran, jadual yang berkesan adalah jadual yang mampu dilaksanakan serta memenuhi keperluan anda pelajaran anda tanpa menganggu rutin harian anda. Mua-mula anda haruslah senaraikan kelemahan anda dalam pelajaran mengikut urutan dari yang lemah kepada yang tidak lemah. Semasa membuat jadual, subjek yang anda lemah haruslah diberi lebih penekanan. Sebagai contoh, anda lemah dalam subjek matematik. Anda harus memberi lebih penekanan kepada matematik dalam jadual anda.

Selain itu jangka masa belajar anda haruslah melebihi 2 jam satu hari dan tidak menganggu rutin harian anda. Sebagai contoh, anda perlu ke kelas tambahan dari pukul 2 petang hingga pukul 3.30 petang. Anda boleh membuat jadual belajar anda bermula pukul 4 petang hingga pukul 5 petang Jangka masa pukul 5 hingga 6.30 pula untuk anda beriadah dimana anda keluar bermain untuk menenangkan fikiran. Dan anda boleh sambung belajar dalam 9.30 malam hingga 10.30 malam bagi yang menghadirkan diri untuk ke kelas tusiyen. Bagi yang tidak menghadiri kelas tuisyen, anda boleh mula belajar pada pukul 8 malam hingga 10 malam.

Walau bagaimanapun, jadual yang anda buat haruslah fleksibel dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sebagai contoh, pada pukul 4 merupakan waktu anda belajar namun pada ketika yang sama keluarga anda harus pergi ke majlis kenduri kawan ayah anda. Waktu yang digunakan untuk ke majlis kenduri itu anda boleh menggatikanya di waktu lain seperti ketika waktu guru tiada di kelas mahupun di waktu cuti.

Disamping meningkatkan prestasi dalam pelajaran, jadual juga membantu kita untuk menjadi lebih berdisiplin dalam diri . Anda akan menjadi berdisiplin bukan sahaja di sekolah dan dirumah bah kan ketika anda berada dimana. Sebagai contoh, tiba waktu untuk anda mandi, anda akan bersegera untuk mandi kerana anda tahu selepas itu banyak lagi perkara lain yang perlu dilaksanakan. Tambahan pula, ia adalah cara untuk kita menghargai kepentingan masa yang berharga supaya tidak berlalu sahaja.

Kepada Warga SK Seri Gedong .
Selamat bercuti dan belajar......

                                                                                                                    (nazpenta SKSG)

Keputusan UPSR 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.



Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
9 November 2011

Tuesday 8 November 2011

SEMAK RESULT ANAK ATAS TALIAN...

Lihat Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Online

Tahukah anda, SAPS juga merupakan kemudahan untuk ibu bapa melihat keputusan peperiksaan atau ujian anak-anak masing. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS merupakan satu sistem sebagai agen perantara antara sekolah dengan ibu bapa, sekolah dengan bahagian pendidikan daerah dan negeri dalam memantau keputusan peperiksaan dalaman serta luaran sekolah.
Dengan adanya sistem SAPS ini, ibu bapa dan juga pihak berkaitan dapat mengakses dan membuat tindakan bagi meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar dalam menningkatkan lagi keberhasilan dalam pendidikan.
Mungkin berita baik bagi pelajar yang cemerlang, tetapi mungkin sesuatu yang merisaukan bagi pelajar yang tidak cemerlang yang selalu menyorokkan keputusan ujian atau peperiksaan kepada kedua ibu bapa penjaganya. Walau demikian, kemudahan yang ada ini sebenarnya membantu pelajar yang tidak cemerlang supaya sentiasa di beri perhatian demi masa depan yang lebih baik.

Bagaimana Cara Semak Markah Melalui SAPS

Untuk membantu ibu bapa saya sediakan sedikit tutorial bergambar bagi memudahkan ibu bapa yang rata-rata mempunyai masalah penggunaan IT.

Klik untuk Besarkan
  • Klik pada SEMAKAN IBU BAPA seperti dalam bulatan diatas atau KLIK SINI
  • Seterusnya akan keluar paparan seperti dibawah

Klik Untuk Besarkan
  • Taip/ isikan no kad pengenalan anak atau pelajar di bulatan bertanda 1 tanpa “-“ atau space contoh 817654032123
  • Pilih sekolah mereka samada sekolah rendah atau menengah di bulatan bertanda 2 dalam gambar. Tandakan dibulatan kecil.
  • Selepas itu klik SEMAK LAPORAN seperti dalam bulatan 3.
  • Selepas itu paparan seperti gambar dibawah akan muncul,

klik untuk Besarkan
  • Pada paparan itu menunjukkan nama sekolah, no kad pengenalan, nama pelajar, tingkatan dan kelas terkini.
  • Pilihlah jenis peperiksaan yang mahu dilihat samaada ujian atau peperiksaan akhir tahun. Seperti dalam bulatan bertanda 4.
  • Klik pada PAPAR SLIP KEPUTUSAN atau boleh PAPAR MARKAH PEPERIKSAAN dengan klik butang yang disediakan pada bulatan bertanda 5.
Kadangkala ada markah yang tidak dipaparkan kemungkinan ia masih dalam proses atau belum dikemaskini oleh guru bertanggungjawab, Ibu bapa boleh bertanyakan kepada pihak sekolah demi menambah lagi hubungan erat ibu bapa dengan pihak sekolah demi masa depan anak dan pelajar yang disayangi.
Diharapkan cara semak markah peperiksaan atau ujian anak mahupun pelajar secara online sistem SAPS ini akan sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan lagi kecemerlangan serta kemudahan kepada ibu bapa, guru dan pihak berkaitan.

ranking

Berikut adalah senarai penuh SBT 2010:
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
  3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
  5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
  6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.. 
  7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
  8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
  9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang..
  10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
  11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
  12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
  13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
  14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
  15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
  16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
  17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
  18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
  19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
  20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

bestari

Jul-06 4
PEMBESTARIAN SEKOLAH
a) Pembekalan infrastruktur ICT ke sekolah;
b) Keupayaan guru mengintegrasikan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran; dan
c) Pentadbir sekolah berupaya
menggunakan sistem pengurusan
berkomputer untuk meningkatkan proses
pentadbiran.
DEFINISI :
Pembestarian Sekolah ialah satu proses
untuk mencapai matlamat pendidikan
negara dan membantu murid menghadapi
era teknologi maklumat melalui:

kenaikan tahunan baru lee

kenaikan tahunan
T1-T17(RM120),T18-T22(RM160)T22-T30(RM220)
jumlah kemungkinan gaji yang bakal naik mengikut gred
GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320

Selamat Datang Semua...